First time aqu tengok tajuk ni memang laa aku suka sebab aku tertunggu-tunggu tajuk macam ni. Selalunya masa-masa sekolah je kan. Tup-tup admin blogger ni invite aku. Jadi, aku pon teruja la nak join. Tak payah cakap panjang, sebab kat bawah lagi panjang..tarik nafas dulu, hembussSSszzz~
( sediakan tisu ok )à
( sediakan tisu ok )à
Dendangan : gio( bila cinta )
Syarat dan peraturan /butir2 penyertaan: v Korang wat satu entry yang bertajuk "Inilah kisah sedihku". Dan letakkan banner ni kat entry tu dan linkkan ke sini. v Korang tulis tajuk cerita korang sebelum memulakan cerita korang. v Tinggalkan link korang dtt admin. v Panjang cerita korang boleh melebihi 100 perkataan. "Nak panjang macam novel pun boleh" v Cerita tu boleh rekaan ataupun betul. "Asalkan sedih sampai Adib n pembaca meleleh air mata" v tag dua oang kawan korang... v tarikh tutup penyertaan 15/04/2011... | Hadiah: RM 20 topup -Hotlink, celcom, digi dan mana2 rangkaian di Malaysia. RM 5 topup- Hotlink, celcom, digi dan mana2 rangkaian di Malaysia. RM 2 topup- Hotlink, celcom, digi dan mana2 rangkaian di Malaysia. |
Bibir tersenyum, hati berduka
Tanggal 9-januari-2003 keluarga aku dikejutkan oleh satu berita buruk yang melibatkan abang aku. Pihak hospital telah menghubungi keluarga untuk memberitahu bahawa abang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ayah yang dalam keadaan gelisahnya terus pergi ke hospital berkenaan untuk melihat keadaan abang. Alhamdulillah abang masih sedarkan diri, tapi disebabkan kemalangan itu abang telah didapati mempunyai darah beku di dalam otak. Malangnya, keadaan hospital yang masih baru menyebabkan mereka tidak mempunyai peralatan untuk scan keadaan di kepala abang. Ayah mengambil kesempatan ini untuk menukarkan abang ke HBAS ( Hospital Besar Alor Setar ). Malam itu ayah telah menghubungi emak untuk siap sedia di HBAS, kemungkinan besar akan sampai pada pukul7.00 pagi.
Awal pagi lagi Pak Long telah mengambil kami satu keluarga untuk pergi ke HBAS. Dalam kelekaan menunggu yang agak lama, tiba sebuah sebuah scooter memberitahu bahagian kecemasan bahawa terdapat ambulans kemalangan. Pihak hospital bergegas ke tempat kejadian dan dalam 20 minit tibalah sebuah ambulans yang membawa abangku. Bukanya pintu ambulans itu, badan abang dicurahi dengan darah. Mak hanya mampu berkata “YA,ALLAH ANAK AKU...” Setelah dibawa ke satu bilik dan bilik yang lain, abang ditempatkan di tempat yang berkaca. Hati aku berkata “aku tak akan masuk ke dalam bilik itu, aku tak sanggup”. Berkemungkinan besar ayah perasan yang aku tidak pernah menjejakkan kaki ke bilik itu, ayah terus menggengam tangan aku dan menarik aku masuk ke dalam. Air mata aku mencurah-curah dengan lajunya membasahi pipi. Selepas 5minit aku tatap muka abang yang pucat itu aku terus pergi ke tandas kerana tidak sanggup melihat.
Waktu melawat sudah tidak dibenarkan dan aku bersama ayah dan sepupu yang lain berehat di luar hospital. Apabila sudah hampir waktu melawat, ayah digesa-gesa oleh Pak Long untuk masuk melihat abang. Setibanya di bilik pihak hospital telah membuang segala alat bantuan yang berada di badan abang. Kawan-kawan, abang dah tiada!!! Emak secara tiba-tibanya rebah dan dipapah oleh ayah keluar bilik.Sangat sayu rasanya dan kebetulan teman wanita abang baru sahaja sampai di hospital dan dikejutkan dengan berita kematian abang. Dia terus berlari ke bilik untuk melihat abang.
Ayah menguruskan jenazah abang dan diziarahi oleh teman-teman IKMnya. Tepat jam11.00 malam abang selamat dikebumikan. Walaupun luaran emak nampak tabah tapi hati seorang ibu siapa yang tahu.
Sekali lagi, Allah memberi ujian dalam keluarga aku. Kali ni aku agak tersentak dan terkejut. Pagi 24-September-2009 kami sekeluarga keluar bersama jalan-jalan ke bandar. Serius, kami sangat gembira tapi amani( anak buah ) entah kenapa bagaikan tidak kena, asyik menangis ja dan bila nampak adik asyik nak gaduh. Akibat terlalu penat, selepas makan aku terus melelapkan mata dan berada di alam kayangan. Namun, bibir tidak selalu mengukir senyuman. Aku terjaga dek kerana bunyi bising di luar rumah.
ASYRAF LEMAS!!! ASYRAF LEMAS !!! beritahu sepupu kepada ayah. Tanpa berfikir panjang ayah terus memanjangkan langkah pergi ke sungai. Pada masa yang sama azan maghrib sedang berkumandang. Berkali-kali aku mendengar emak menyebut “ALLAHHUAKBAR”.Aku yang berada dalam keadaan mamai rasa seperti mimpi. Alamak !!! kunci motor pula hilang. Setelah jumpa aku terus pergi ke sungai. Aku lihat rata-rata orang mencari adik aku. Tapi aku hanya terpandang wajah seorang ayah mencari anak kesayangannya. Sebak sangat!! 5 minit di situ sepupu berjaya menjumpai adik, keadaan hanya didengari dengan tangisan sepupu-sepupuku. “Ya,Allah lembiknya badan adik aku. Selamatkanlah adikku ini”. Mereka terbalikkan badan adik dan memangku di belakang untuk mengeluarkan air dan terus dibawa ke hospital.
Emak bergegas mahu mengikut ayah ke hospital walaupun tidak dibenarkan kakak. Tapi naluri seorang ibu mahu melihat anaknya siapa yang tahu kan?. Selepas azan isyak kakak terima panggilan, selepas meletak telefon. Kakak berkata:
“Emm..DAH XDA DAH”
Aku seperti tiada perasaan dan air mataku sedikit pon tidak mengalir dari tadi. Tibanya emak di rumah, sekali lagi sepupuku cakap emak pengsan!! Aku memapah emak, emak cakap
“KAK MA, ADIK DAH TAK DA”...
Allahhuakbar aku hanya mengangguk. Tiba-tiba emak bersuara dan berkata “KAK MA NANTI DAH TAK PAYAH PERGI BELAJAR KAT MELAKA LAGI!!”. Luluh hati aku, terus aku menangis. Pelajaran aku!!! Pada masa yang sama juga emak meraung-raung memanggil adik
“ASYRAF....MAK NAK IKUT!!!”
Apa perasaan anak-anak yang lain apabila terdengar mak kita cakap seperti itu..??? sedih? Marah? Geram? Apa boleh buat? Aku hanya mampu mendengar. Dalam pukul11.00 malam, ayah tiba di rumah bersama jenazah adik. Sampainya di pintu ayah rebah dipangkuan nenek. Aku tak pernah tengok ayah dan emak aku seperti ini. Sangat kuat dugaan yang Engkau berikan ini. Malamnya,ayah telah membuka kain kafan adik. ALLAHHUAKBAR, YA,ALLAH sakitnya adik aku...!!! pihak hospital telah membuat posmotem ke atas adik walupun tidak dibenarkan ahli keluarga. Jahitannya dari leher hinggalah ke pusat. SEKSAnya!!
Esoknya, adik dimandikan dengan begitu kasar sekali,keningnya seolah-olah memberitahu kesakitan itu. Ayah pun menjauhkan diri daripada memandikan adik kerana menyedari kekasaran oleh imam itu. Selesai mandi, adik dikafankan dan ahli keluarga dibenarkan mengucup adik. Setibanya geliran aku air mata aku tanpa dipaksa seperti hujan yang lebatnya. Sehinggalah aku menjadi orang terakhir mengucup dahi adik. Aku redha pemergian adik, alhamdulillah. Tapi mak aku hampir 2 minggu berubat kerana asyik meraung dan terlalu fikirkan adik. Aku hanya mampu tabahkan hati, kuatkan fikiran dan sabar tempuhi dugaan.
Dalam keadaan yang tidak bersih, aqu hanya dapat melihat adik daripada luar kubur. Alhamdulillah, orang tersayang datang memberikan semangat. Damailah abang dan adik disana, semoga abang dan adik ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Kami sekeluarga sentiasa merinduimu dan sentiasa memberikan hadiah untuk bekalan bekalan abang dan adik.amin....!!!
Al-fatihah:
Muhamad zairi bin ahmad
Mohd asyraf aiman bin ahmad
Keyh ena nak tag blogger++ ena yang nak join
( minta maaf terpanjang lebar berjela pulak)
1 comment:
datang follow .. gud luck yer ,. folloe me back ye
Post a Comment